Isnin, 16 Jun 2003

Dari Cairo Ke Paris

Monday, June 16, 2003

Pengalaman yang amat bernilai ketika aku mengembara bersama 4 orang lagi rakan.Kelima-lima kami tidak pernah pergi ke Eropah.,kesemua kami yang merantau serta tawakal dari Cairo ke benua Eropah.Destinasi utama kami adalah untuk memasuki United Kingdom.
Tujuang kami adalah untuk bekerja mencari rezeki yang halal serta menambah pengalaman kehidupan.Kami menaiki flight Malta Air ke Paris.Perancis merupakan tempat kami memulakan perantauan.Salah seorang rakan kami,ada seorang ayah angkat di France.Sebelum bertolak,kami membuat janji akan berjumpa di Paris.Dia berjanji akan menyambut kami.Ditakdirkan sebaik saja kami sampai di Paris,kami cuba menghubungi beliau,tapi tidak dapat.Berkali-kali call tak dapat.Jadi kami membuat keputusan untuk menginap di hotel berhampiran.Kami ambil kesempatan melawat Eifel Tower ( Paris ),salah satu benda ajaib di dunia.Keesokkan hari,kami cuba hubunginya seklai lagi,nasib yang sama.Tak dapat dihubungi.Kami cuba hubungi beliau kerana beliau warganegara UK.Berkahwin dengan orang tempatan UK dan mendapat kerakyatan UK.Kami hampa.Terus membuat keputusan untuk terus ke UK besertakan tawakkal.Walaupun kesemua kami tidak pandai berbahasa Perancis,kami cuba berkomunikasi dengan apa yang ada.Bahasa arab,english yang serba kekurangan dan urdu ( salah seorang daripada kami boleh berbahasa Urdu).
Kami terus mengambil tiket bas dari Paris ke London.Perjalanan kami menggunakan bas dan feri untuk merentasi selat Inggeris.Akhirnya kami jejaki kaki di Dover,UK.Pintu masuk negara England.Semasa sampai di sempadan,kami dikehendaki turun untuk pemeriksaan pasport dan visa.Semasa turun bas,kami menegur seorang rakyat Iran,yang kebetulan dia boleh berbahasa Arab.So,kami dengan ramah bertanyakan kemana tujuan,dari mana dan sebagainya.Sesambil berborak kami beratur untuk ke kaunter visa.Apabila tiba giliran lelaki Iran itu,dia dikehendaki tunggu di tepi.Pasportnya ditahan.Seterusnya giliran kami,kami disoal bermacam-macam.Akhirnya kami dapati,lelaki Iran itu memiliki pasport palsu.Terperanjat kami dan kami turut ditahan.Soalanyang saya disoal,kenal tak lelaki itu.Jawapan saya tidak.Polis itu ingatkan kami satu rombongan dengannya.Walaubagaimana pun,keadaan tetap sukar memandangkan imej Islam bagi pandangan diorang amatlah buruk.Kebetulan hari itu ada letupan di London.Bermacam-macam soalan ditanya,kenal tak siapa Osama Ladin,kenapa kami study di Egypt,kenapa ada cop visa umrah ada di salah seorang rakan kami.Kenapa umat Islam sedunia ke Mekah,sedangkan orang lain tidak dibenarkan.Bertubi-tubi soalan,hampir 12 jam kami ditahan,bas yang kami naiki dah lama sampai London.Beg-beg dikembalikan ke Dover dan disiasat.Hanya beg-beg kami saja yang sampai ke London.Tiada unsur-unsur jenayah.Ada polis membela kami agar kami dibenarkan masuk,tetapi bosnya tetap curiga.Tambah-tambah kami beragama Islam,bertegur sapa dengan lelaki yang berpasport palsu seoalah satu rombongan.Kami disoal siapakan yang sponsor kami untuk datang.Nasib kami tak baik,kami dikehendaki naik van polis untuk dihantar ke Casilass(kalau X silap ),sempadan Perancis.Dalam van polis itu,ada seorang negro-france yang digari.Dia boleh berbahasa Urdu.Jadi kawan saya tu berbual dengannya.Bertanyakan kenapa dia digari.Dia juga akan dihantar ke Casilass.Dia memberitahu kesalahannya adalah menyeludup orang memasuki UK.Kesalahan yang amat berat.dia berceritakan pengalamannya di dalam penjara.Dia mengenali ramai umat Islam didalam penjara.Dan dia memberikan buku yang berceritakan tentang Islam,yang diberikan di dalam penjara.Sampai di feri,kami dilepaskan.Kami masih berbual dengannya,dia offer untuk makan dan minum.Dia nak belanja.Dan ketika dia offer arak,kami menolak terus dia beredar mencari tempat lain.Dia hormati kami.Dia berikan number konteknya di Paris.Dia berikan sedikit wang untuk kami berbelanja,itulah kebaikannya.Tiba di Casilas,kami tak tahu arah tuju kami.Jadi kami mencari tempat dengan berjalan kaki.Sesambil mencari orang yang boleh berbahasa English atau Arab.Kami sampai di stesen keretapi.Train dah tamat perkhidmatan.Jam 1 pagi.Jadi kami bermalam disitu,.Malam pertama yang penuh dengan berjuta kenangan.Kami dapat melihat budaya kehidupan masyarakat sana.Sedang kami berkemas untuk tidur di koridor stesen keretapi,datang sebuah kereta di hujung stesen.Kami agak risau,takut-takut terjadi apa-apa.Rupa-rupanya sepasang kekasih.Beradu kasih hingga bergegar kereta.Tiba-tiba datang sekumpulan lelaki 8 orang mengelilingi kereta terus mengganggu privacy mereka.Kereta itu beredar,perempuan itu terpinga-pingan dengan pakaian yang terbuka.Kumpulan lelaki itu terus mengejar mereka.Kami bersyukur kami tidak diganggu.Kami pun cuba untuk tido sementara menunggu hari cerah.Sejam selepas itu,datang seorang remaja dan berborak dengan kami.Dia hanya boleh bercakap English yang tidak begitu lancar.Hanya bahasa isyarat yang banyak dikeluarkan.Yang pasti,beliau memberitahu ada pergaduhan tidak jauh dari situ.Mengajak kami pergi menyaksikan dan kami memberitahu kami keletihan dan nak tidur.Lalu dia mengajak ke rumah keluarganya.Parents dia suka orang Malaysia dan selalu pergi Malaysia.Kami menolak terus dia beredar dan mengucapkan selamat bercuti.Kami terus tidur ,Belum sempat tidur nyenyak,kedengaran suara orang ramai yang sedang mabuk,berjalan sambil menyanyi,ketawa dan ada yang muntah.Mereka baru saja keluar dari disco yang berhampiran.sekali lagi kami risau andainya diganggu..Tiba-tiba datang seorang negro menghampiri kami.Dia dalam keadaan mabuk,bertanyakan dimana biliknya.Kami tidak tahu.Dia beredar dan menyebut need my rooom.Begitulah keaadaan di situ.Alhamdulillah,kami tidak dingganggu atau diapa-apakan.Hari cerah,operasi keretapi bermula.Kami mengambil tiket untuk ke Paris.Ketika menanti keretapi ,remaja arab datang menghampiri.dan meminta sedikit wang untuk membeli tiket ke Paris.Kami memberitahu kami berada dalam keadaan susah yang memerlukan wang.Bagi kami,perkara itu adalah biasa.Mungkin dia tidak susah seperti kami yang kehilangan arah.Dia meminta lagi kepada orang yang berada di situ,akhirnya seorang makcik memberikan sedikit wang kepadanya.
Bila sampai di Paris,kami mencari bilik untuk disewa.Dan kesempatan yang ada,kami meninjau keadaan Umat Islam di sana.Amat mengkagumkan,masjid di sana sentiasa penuh sewaktu menunaikan solat fardhu.Tidak kira zohor,asar atau magrib.Subuh juga penuh.Kesempatan yang ada,kami memberitahu masalah kami.Ada yang cuba membantu kami dengan memberi alamat untuk mencari kerja,ladang dan sebagainya.Kami tertarik untuk pergi ke ladang anggur.Kami ke ladang anggur itu yang terletak 4 jam daripada Paris dengan menaiki keretapi.Aku terlupa nama tempat itu.
Apabila sampai kawasan itu,kami turun train dan menanti siapakah akan membantu kami.Tiba-tiba datang seorang makcik.Rupanya seolah-olah orang arab.Dia bertanyakan dalam bahasa English,bila train seterusnya.Kami cuba berbahasa arab.Tiba-tiba dia senyum dan happy,dia gembira kerana kami boleh berbahasa arab.Dia segera memberitahu dia adalah orang arab Palestin.Ajak kami ke rumahnya.Kami menolak.Dia bertanyakan apa tujuan kami kesana..Dan dia cuba membantu kami dengan memberi peta arah untuk pergi ke agensi kerja dan cuba memberi alamat2 ladang.Dan dia juga memberitahu di mana masjid terdekat.Kami ke alamat ladang yang dia berikan.Kami cuba menghubungi dengan talian telefon yang tertera.Dia cakap ada kerja kosong dan menyuruh kami datang esok.Kami gembira mendapat berita itu.Kami menyewa bilik hostel yang berhampiran.Kawasan untuk camping.Lawa kawasannya.Keesokkan kami dengan semangat pergi ke office ladang anggur itu.Apabila kami dijemput masuk ke bilik manager,penuh botol-botol arak di sekeliling.Rupa-rupanya,anggur-anggur di situ adalah untuk memproses arak.Kami ditawarkan kerja keesookan harinya.Kami balik berbincang .Dan keputusan yang kami buat,terpaksa menolak walaupun keadaan mendesak.Kami terpaksa mencari kerja lain daripada berkerja ditempat membuat arak.Mungkin ini ujian buat kami.Seterusnya kami mencari lagi kerja di ladang-ladang yang berhampiran.Kebanyakan sudah penuh dengan pekerja.kalau ada pun.lagi dua bulan.Kami x dapat menunggu kerana ekonomi kami sudah hampir habis.Selama 3 hari,jawapan hampa.Kami membuat keputusan untuk ke Paris,andai-andai ada kerja-kerja yang boleh memberi manfaat.Tempoh luput tiket balik kami lagi 5 hari,bermakna dalam masa 5 hari kami tidak dapat apa-apa pekerjaan,kami terpaksa balik ke Cairo.
Di Paris kami ambil kesempatan untuk pergi melawat tempat-tempat bersejarah sambil mencari kerja.Bertanyakan arab,pakistan dan ramai lagi.Kami melawat muzium,yang turut ada tiang seperti tiang di Mesir.Khazanah firaun turut ada di Paris.
Akhirnya,kami akur..Kami terpaksa pulang ke Cairo.Tiada sumber kewangan yang dapat dikumpulkan.Pastinya ada hikmah disetiap apa yang berlaku.Hanya Allah mengetahui.