Jumaat, 24 April 2009

Pulau Pangkor
















Sekali lagi tanpa perancangan yang awal..hanya 4 hari perancangan,aku pergi ke pangkor bersama 3 orang lagi kawan..Kami pergi berempat.Masing-masing tidak pernah sampai ke pulau pangkor yang menjadi sebutan orang..
Sesampai je jeti pangkor.rupanya aritu ada perasmian apa tah..sultan perak turun..pastu kebetulan esok tu plak ada sure heboh di sana..sesak gile jalan di sana... 24 april 2009..tercipta la pengalaman baru..
Rata2 kami semua berfikiran di sana kami ada aktiviti advanture..rupanya..sampai je di sana..sana ada tempat utk percutian yg relex..xyah nak susah2 masak pakai kayu api ke apa ke..tapak perkemahan.tepinya ada restoran.ahahahah..buang karan betul..:)
Tpi itu lah yang dikatakan Malaysia...kat mana2 ada temp[at utk bercuti.tp org mesia sebuk utk berjalan luar negara..dalam Malaysia masih banyak tempat menarik..tp mungkin mereka yg ke luar negara tu...dah abis satu mesia mereka pusing..so jangan la jeles..hahaa..
Kat pangkor..sesuai la kalau bawa family ke..atau bercuti utk rehat2..bukan utk advanture laa..bawa bini ka..release tensen ke..aktiviti lasak....apa ek..ha..scuba diving aa..:)
apa2pun.tu pengalaman kami yg dapat berkongsi bersama..Aku,marof,shahizam dan taufik....
Kat mana plak kami nak pegi mencari pengalaman lepas nih.xtau la..

Ahad, 19 April 2009

Camping Di Bekelah, Maran, Pahang

Bermula dengan perancangan yang tidak formal,tercetus lah idea utk pergi bercamping.Mulalah pengembaraaan aku di Malaysia.Kami pergi ke Bekelah Maran, Pahang seramai 5 orang.Kami pergi secara kumpulan persendirian. Boleh dianggap tempat yang best,mempunyai ketenangan..Teringat kembali aku ketika di Mesir,sentiasa mencari tempat baru untuk diziarahi.
Kami pergi menaiki kereta Pesona milik shahizam,orang pahang juga dia ni.Kelima-lima kami adalah student DPLi yang juga akan menjadi cikgu suatu masa nanti.Mencari pengalaman baru,kami sampai petang jumaat dan balik ke Kuala Lumpur tengah hari Ahad.Sampai nya kami di Bekelah,kami memasang khemah di tingkat 3 air terjun di situ.Keesokan harinya,kami meneruskan pengembaraan.Mendaki batu batan untuk ke tingkat seterusnya.Kami sampai di tingkat 9 pada tengah hari Sabtu dan memasang khemah di situ.Disana ramai juga yang ada,ada yang dari Ampang,Kl ada yang dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.Mereka juga bercamping distu.Air yang dalam dan air terjun yang tinggi mempersonakan suasana.Dikala malam,angin agak sejuk dan bermuzikan air terjun dapat menenangkan jiwa dan menenangkan fikiran.
Suatu pengalaman baru yang dapat dicipta.Dan mungkin byk lagi tempat yang aku akan lawati.Dengan kuasa Allah dan izinNya,sampai lah aku di tempat2 yang unik dan semulajadi yang diciptakan Allah untuk hambaNya memikirkan akan kejadian yang diciptaNya.Berjalanlah kamu di Bumi Allah dan berfikirlah Kamu