Khamis, 16 September 1999

Dari Mesir ke Jordan

Thursday, September 16, 1999


Buat pertama kali bermusafir keluar daripada Mesir.Pergi jordan untuk bercuti sambil menziarahi abg aku dan rakan-rakan disana.Tahun yang merupakan tahun akhir abg aku di sana.1999.Kami pergi beramai-ramai lebih kurang 7 orang.Menaiki bas untuk ke Nuiwebe` seterusnya menaiki feri untuk melintasi laut merah.Laut Merah yang mengabdikan peristiwa Firaun yang tenggelam dilautan ketika mengejar Nabi Musa A.S.


Sampai di Aqabah,Jordan terus kami menaiki kereta untuk ke Amman,ibutkota Jordan.Sampai di sana tengah malam dan kami lepak-lepak sambil menunggu abg aku dan rakan-rakan sampai.Kami menginap di rumah abg aku dan di sana kami stay selama 3 hari.Kami melawat beberapa tempat sejarah disekitar Amman,antaranya Petra,Kota dalam bukit,peninggalan kaum add dan samud.

Kotapetra yang diiktiraf sebagai satu daripada keajaiban dunia.Menjadi sejarah dengan keunikan ukiran dan kota yang dibina.Kemudian kami ke Mafraq,jumpa kawan-kawan di sana.2 hari di sana seterusnya kami ke Mutah.Antara aktiviti di Muttah,kami bermain bolasepak bersama-sama rakan-rakan sekolah yang sama-sama menuntut di Perlis dahulu.Dari Muttah juga kami ke Laut Mati.Laut yang siapa tak pandai berenang pun boleh terapung.Melihat kesan kemusnahan kampung kaum Gamorah dan Sodom yang ingkar perintah Allah.Kami berpeluang ke gua nabi Lut A.S dan patung isteri baginda yang durhaka.Banyak tempat-tempat sejarah di sana.Kemudian kami balik semula ke Mutah.

Di sana juga,aku mendapat berita gembira daripada rakan dari Mesir.Aku lulus 4 Thanawi Al-Azhar dan layak memasuki Universiti Al-Azhar.Bermakna pulangnya aku ke Mesir,aku akan bergelar mahasiswa.Esoknya kami menziarahi Makam Nabi Nuh A.S sebelum melihat kesan tinggalan sejarah medan perang Mutah.Kemudian kami ke Ammman semula.Kami ke tempat yang diberi nama`Kawah` oleh pelajar-pelajar Melayu di sana.Merupakan tempat membeli belah yang murah.

Dipendekan cerita,kami di Jordan hampir sebulan.4 orang daripada kami hendak pulang ke Mesir lebih awal daripada kami.So mereka bertolak,tiba-tiba mereka membuat panggilan kecemasan.Mengatakan mereka tidak dibenarkan keluar dari Jordan selagi tidak menjelaskan denda kerana melebihih tempoh visa.Kelamkabut kami dibuatnya.Dengan segera ,kawan-kawan student Jordan pergi kepada mereka untuk berikan bantuan.Sempadan Jordan dan Mesir aagak jauh dari Amman.Mereka terpaksa tidur ditepian sementara menunggu bantuan.Denda agak banyak,melebihih RM400 seorang.Manakala duit bekalan tidak mencukupi.Hanya mereka sahaja yang mengetahui apa yang dirasakan.Itulah coretan ringkas mengenai pengembaraan kami ke Jordan.