Jumaat, 17 Julai 2009

Gambar-gambar koleksi

Gambar-gambar yg sempat dimuatkan....Sekadar hiasan...huhhhuu

Jumaat, 3 Julai 2009

Kenangan Di UM

Tanpa disedari, minggu ini adalah minggu terakhir aku belajar di bumi UM...Begitu pantas masa berlalu, terasa baru semalam aku mendaftarkan diri.Baru semalam aku mengenali kawan-kawan..Dan baru hari ini aku rasa baru nak merapatkan diri dan berkenalan dengan lebih dekat.
Berakhirnya ujian Al-quran pada hari khamis,semalam...Aku rasa seperti baru minggu lepas aku mendaftar diri..namun semalam adalah hari terakhir,mungkin aku di Audi Fakulti Pendidikan. Hari isnin dan selasa akan datang, kami akan menempuhi XM utk kali terakhir Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah..seterusnya kami akan meneruskan perjuangan Latihan Mengajar.
Aku ditempatkan di Sekolah Agama Menengah Bestari USJ5.Sekolah dan kawasannya telah kami pergi...Di sekolah itu lah akan bermula pengalaman baru dalam hidup aku..Pengalaman yang xkan dapat dilupakan meski pun belum bermula..Namun aku pasti..Disekolah itu akan mengukir sejarah yang xkan dapat dilupakan.Disitu lah bermulanya perjuangan.Disitulah bermulanya pengalaman..Disitulah aku akan menabur bakti.Adakah aku mampu menjadi seorang guru yang dinantikan.adakah aku akan menjadi guru seperti guru-guruku yang mengajar aku hingga ke tahap sekarang.Berjayakah aku untuk melahirkan insan yg bermaruah..
Sudah pasti segalanya akan bermula 20Julai akan datang...
Selama enam bulan lebih...aku Di Um...Selama itulah aku mengenali ilmu pendidikan.begitu juga aku mengenali rakan-rakan yang telah berjuang untuk mendapatkan ijazah sarjana muda di universiti masing-masing.Ada yang dari Jordan,ada dari universiti tempatan.ada yang dari mesir dan juga,.aku dapat mengenali pensyarah-pensyarah yang memiliki pengalaman yang amat luas.Selama tempoh yang singkat ini,kami berkongsi pengalaman,.selama ini juga kami berkongsi perangai,berkongsi gurauan.berkongsi segalanya..Mereka-mereka ini akan meneruskan perjuangan hidup di bumi Allah ini..
Adakah hubungan kami seramai 95 orang ini akan berkekalan sampai bila-bila..Adakah perkongsian selama di UM ni akan terus berkekalan..Allah lebih mengetahui..Namun,jika semua pelajar 95 orang ini mempunyai cita-cita dan azam utk meneruskan perkongsian ini,sudah pasti ianya akan tercapai..Kerana dengan perkongsian pengalaman,perkongsian ilmu dan sebagainya akan dapat membentuk komuniti yang memberi kesan kepada Agama,Bangsa dan Negara.Perjalanan di dunia ini nampak begitu mudah,namun..cabaran dan rintangan tidak mampu ditempuhi jika bersendirian...Perlu diletakkan jauh-jauh keegoan diri,perlu meletakkan jauh sikap negetif,perlu letakkan jauh-jauh pandangan negetif(suukk zhon) sesama sendiri..Perlu tanamkan sikap kerjasama,setiakawan,tegur menegur,bertolak ansur dan memahami antara semua.Sudah pasti..cita-cita yang murni akan tercapat..Wallahualam

Jumaat, 24 April 2009

Pulau Pangkor
















Sekali lagi tanpa perancangan yang awal..hanya 4 hari perancangan,aku pergi ke pangkor bersama 3 orang lagi kawan..Kami pergi berempat.Masing-masing tidak pernah sampai ke pulau pangkor yang menjadi sebutan orang..
Sesampai je jeti pangkor.rupanya aritu ada perasmian apa tah..sultan perak turun..pastu kebetulan esok tu plak ada sure heboh di sana..sesak gile jalan di sana... 24 april 2009..tercipta la pengalaman baru..
Rata2 kami semua berfikiran di sana kami ada aktiviti advanture..rupanya..sampai je di sana..sana ada tempat utk percutian yg relex..xyah nak susah2 masak pakai kayu api ke apa ke..tapak perkemahan.tepinya ada restoran.ahahahah..buang karan betul..:)
Tpi itu lah yang dikatakan Malaysia...kat mana2 ada temp[at utk bercuti.tp org mesia sebuk utk berjalan luar negara..dalam Malaysia masih banyak tempat menarik..tp mungkin mereka yg ke luar negara tu...dah abis satu mesia mereka pusing..so jangan la jeles..hahaa..
Kat pangkor..sesuai la kalau bawa family ke..atau bercuti utk rehat2..bukan utk advanture laa..bawa bini ka..release tensen ke..aktiviti lasak....apa ek..ha..scuba diving aa..:)
apa2pun.tu pengalaman kami yg dapat berkongsi bersama..Aku,marof,shahizam dan taufik....
Kat mana plak kami nak pegi mencari pengalaman lepas nih.xtau la..

Ahad, 19 April 2009

Camping Di Bekelah, Maran, Pahang

Bermula dengan perancangan yang tidak formal,tercetus lah idea utk pergi bercamping.Mulalah pengembaraaan aku di Malaysia.Kami pergi ke Bekelah Maran, Pahang seramai 5 orang.Kami pergi secara kumpulan persendirian. Boleh dianggap tempat yang best,mempunyai ketenangan..Teringat kembali aku ketika di Mesir,sentiasa mencari tempat baru untuk diziarahi.
Kami pergi menaiki kereta Pesona milik shahizam,orang pahang juga dia ni.Kelima-lima kami adalah student DPLi yang juga akan menjadi cikgu suatu masa nanti.Mencari pengalaman baru,kami sampai petang jumaat dan balik ke Kuala Lumpur tengah hari Ahad.Sampai nya kami di Bekelah,kami memasang khemah di tingkat 3 air terjun di situ.Keesokan harinya,kami meneruskan pengembaraan.Mendaki batu batan untuk ke tingkat seterusnya.Kami sampai di tingkat 9 pada tengah hari Sabtu dan memasang khemah di situ.Disana ramai juga yang ada,ada yang dari Ampang,Kl ada yang dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.Mereka juga bercamping distu.Air yang dalam dan air terjun yang tinggi mempersonakan suasana.Dikala malam,angin agak sejuk dan bermuzikan air terjun dapat menenangkan jiwa dan menenangkan fikiran.
Suatu pengalaman baru yang dapat dicipta.Dan mungkin byk lagi tempat yang aku akan lawati.Dengan kuasa Allah dan izinNya,sampai lah aku di tempat2 yang unik dan semulajadi yang diciptakan Allah untuk hambaNya memikirkan akan kejadian yang diciptaNya.Berjalanlah kamu di Bumi Allah dan berfikirlah Kamu

Khamis, 26 Mac 2009

cara menunaikan solat jenazah

Pengalaman baru ku apabila aku ditugaskan membuat video sebagai bahan mengajar.DPLI mengajar mcm2 pengalaman buat idupku....
ni video yg aku hasilkan

http://www.youtube.com/watch?v=tmtDSsYK9JM

join dan lihat lah hasil kerja first made aku...kasi la rate or komen.heheheh

Jumaat, 6 Mac 2009

Perkhemahan Asas Pengakap

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Universiti Malaya 2009

Dpli mewajibkan pengakap sebagai persatuan pakaian seragam buat setiap pelajar lelaki.Jadi bermula pengalaman berpakaian seragam . Seingat aku..last aku join pengakap,masa sekolah rendah..masa sekolah menengah aku just tgk2 org je join.pegi melepak je kat pengakap kelana dekat dgn umah aku..

6 mac 2009 ,perkhemahan asas buat pengakap kelana DPLI UM 2009..Kami membuat perkhemahan di Taman Rimba Komenwell , Rawang. Aku diberi amanah untuk menjadi Pengarah Program..uh...dah lama aku meninggalkan malaya..hahaha..kalau di mesir.tidak sukar untuk aku handle rombongan nih.tp kalau di malaysia.byk yg perlu aku belajar..Namun.alhamdulillah..dengan kerjasama kawan2..perkhemahan nih berjaya dilaksanakan..

Perkara biasa setiap program yang dianjurkan..x terlepas daripada kenangan pahit dan manis..macam2 perangai bleh di lihat..Ada yang eksyen seolah2 dia ketua,,ada yang menunjukkan sikap boring .dan mcam2..itu lah namanya manusia..itulah kehidupan..hahah..:)

Apa2pun..Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Universiti Malaya 2009 perlu mengadakan sekurang2nya dua lagi perkhemahan untuk mendapat tauliah sebagai Pemimpin..So nanti bila dah lengkap semua...uniform pengakap kami,berbeza daripada ahli biasa,kami adalah bakal Pemimpin yang bertauliah.hehahha