Jumaat, 3 Julai 2009

Kenangan Di UM

Tanpa disedari, minggu ini adalah minggu terakhir aku belajar di bumi UM...Begitu pantas masa berlalu, terasa baru semalam aku mendaftarkan diri.Baru semalam aku mengenali kawan-kawan..Dan baru hari ini aku rasa baru nak merapatkan diri dan berkenalan dengan lebih dekat.
Berakhirnya ujian Al-quran pada hari khamis,semalam...Aku rasa seperti baru minggu lepas aku mendaftar diri..namun semalam adalah hari terakhir,mungkin aku di Audi Fakulti Pendidikan. Hari isnin dan selasa akan datang, kami akan menempuhi XM utk kali terakhir Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah..seterusnya kami akan meneruskan perjuangan Latihan Mengajar.
Aku ditempatkan di Sekolah Agama Menengah Bestari USJ5.Sekolah dan kawasannya telah kami pergi...Di sekolah itu lah akan bermula pengalaman baru dalam hidup aku..Pengalaman yang xkan dapat dilupakan meski pun belum bermula..Namun aku pasti..Disekolah itu akan mengukir sejarah yang xkan dapat dilupakan.Disitu lah bermulanya perjuangan.Disitulah bermulanya pengalaman..Disitulah aku akan menabur bakti.Adakah aku mampu menjadi seorang guru yang dinantikan.adakah aku akan menjadi guru seperti guru-guruku yang mengajar aku hingga ke tahap sekarang.Berjayakah aku untuk melahirkan insan yg bermaruah..
Sudah pasti segalanya akan bermula 20Julai akan datang...
Selama enam bulan lebih...aku Di Um...Selama itulah aku mengenali ilmu pendidikan.begitu juga aku mengenali rakan-rakan yang telah berjuang untuk mendapatkan ijazah sarjana muda di universiti masing-masing.Ada yang dari Jordan,ada dari universiti tempatan.ada yang dari mesir dan juga,.aku dapat mengenali pensyarah-pensyarah yang memiliki pengalaman yang amat luas.Selama tempoh yang singkat ini,kami berkongsi pengalaman,.selama ini juga kami berkongsi perangai,berkongsi gurauan.berkongsi segalanya..Mereka-mereka ini akan meneruskan perjuangan hidup di bumi Allah ini..
Adakah hubungan kami seramai 95 orang ini akan berkekalan sampai bila-bila..Adakah perkongsian selama di UM ni akan terus berkekalan..Allah lebih mengetahui..Namun,jika semua pelajar 95 orang ini mempunyai cita-cita dan azam utk meneruskan perkongsian ini,sudah pasti ianya akan tercapai..Kerana dengan perkongsian pengalaman,perkongsian ilmu dan sebagainya akan dapat membentuk komuniti yang memberi kesan kepada Agama,Bangsa dan Negara.Perjalanan di dunia ini nampak begitu mudah,namun..cabaran dan rintangan tidak mampu ditempuhi jika bersendirian...Perlu diletakkan jauh-jauh keegoan diri,perlu meletakkan jauh sikap negetif,perlu letakkan jauh-jauh pandangan negetif(suukk zhon) sesama sendiri..Perlu tanamkan sikap kerjasama,setiakawan,tegur menegur,bertolak ansur dan memahami antara semua.Sudah pasti..cita-cita yang murni akan tercapat..Wallahualam

Tiada ulasan: