Ahad, 19 April 2009

Camping Di Bekelah, Maran, Pahang

Bermula dengan perancangan yang tidak formal,tercetus lah idea utk pergi bercamping.Mulalah pengembaraaan aku di Malaysia.Kami pergi ke Bekelah Maran, Pahang seramai 5 orang.Kami pergi secara kumpulan persendirian. Boleh dianggap tempat yang best,mempunyai ketenangan..Teringat kembali aku ketika di Mesir,sentiasa mencari tempat baru untuk diziarahi.
Kami pergi menaiki kereta Pesona milik shahizam,orang pahang juga dia ni.Kelima-lima kami adalah student DPLi yang juga akan menjadi cikgu suatu masa nanti.Mencari pengalaman baru,kami sampai petang jumaat dan balik ke Kuala Lumpur tengah hari Ahad.Sampai nya kami di Bekelah,kami memasang khemah di tingkat 3 air terjun di situ.Keesokan harinya,kami meneruskan pengembaraan.Mendaki batu batan untuk ke tingkat seterusnya.Kami sampai di tingkat 9 pada tengah hari Sabtu dan memasang khemah di situ.Disana ramai juga yang ada,ada yang dari Ampang,Kl ada yang dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.Mereka juga bercamping distu.Air yang dalam dan air terjun yang tinggi mempersonakan suasana.Dikala malam,angin agak sejuk dan bermuzikan air terjun dapat menenangkan jiwa dan menenangkan fikiran.
Suatu pengalaman baru yang dapat dicipta.Dan mungkin byk lagi tempat yang aku akan lawati.Dengan kuasa Allah dan izinNya,sampai lah aku di tempat2 yang unik dan semulajadi yang diciptakan Allah untuk hambaNya memikirkan akan kejadian yang diciptaNya.Berjalanlah kamu di Bumi Allah dan berfikirlah Kamu

2 ulasan:

azma_aziz berkata...

salam..blog awak menarik coz banyak cite pasal pengalaman2 yang xsume org blh rasa..teruskn aktiviti berblogging ni ye..so u can share ur experience with others..insyaallah..=)

Pengalaman Guruku Yang Sejati berkata...

terima kasih atas ulasan anda.sama2 kita berkongsi yer